CARA MENYEMAK IMEJ @ GAMBAR YANG DAPAT MENCAPAI TARGET AUDIENCE YANG ANDA KEHENDAKI

Ramai peniaga online yang menggunakan platform media sosial terutamanya Facebook untuk mengiklankan perniagaan yang mereka jalankan.

Walau bagaimanapun ramai yang masih tidak tahu kemungkinan imej @ gambar yang diupload itu tidak berapa sesuai atau tidak sesuai langsung untuk digunakan di dalam iklan di Facebook.

Apabila memuat naik imej @ gambar untuk tujuan pengiklanan di Facebook, perkara yang perlu diambil perhatian adalah jumlah teks @ perkataan yang ada di dalam imej @ gambar tersebut.

Jika nisbah teks @ perkataan berbanding imej @ gambar yang terlalu tinggi, iklan anda mungkin tidak akan dapat mencapai target audience seperti yang anda harapkan.

Sebenarnya ada satu link di mana anda boleh menyemak dahulu imej @ gambar yang anda hendak gunakan di dalam iklan di Facebook. Anda hanya perlu log in link tersebut dan upload gambar anda. Setelah anda upload gambar tersebut, anda akan menerima salah satu paparan berikut:-

  1. Image text OK – Iklan anda akan berjalan seperti biasa.
  2. Image text Low – Reach anda akan jadi rendah.
  3. Image text Medium – Reach anda akan jadi lebih rendah.
  4. Image text High – Iklan mungkin tidak dapat dijalankan.

Di sini disertakan link tersebut di mana anda boleh menyemak imej @ gambar yang anda boleh gunakan untuk pengiklanan di Facebook supaya dapat mencapai target audience seperti yang anda tetapkan dan harapkan.

https://www.facebook.com/ads/tools/text_overlay

Semoga bermanfaat!