Assalamua’laikum w.m.w.b.

Nama saya En. Mohd Amin Bin Hj.Jumberi atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Amin dan juga Sifu Amin, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darul Aman. Mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai sektor kewangan antaranya di dalam sektor perbankan, insurans, takaful dan unit amanah. 

Pernah berkhidmat dan memegang beberapa jawatan penting di beberapa buah bank komersil di Malaysia seperti Ban Hin Lee Bank Berhad, Southern Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad sebelum mendapat tawaran berkhidmat di Australia & New Zealand Banking Group Limited (ANZ Bank) di Singapura.

Merupakan CEO & Founder Al Amin E Commerce yang terlibat menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan secara ONLINE dan CEO & Founder Al Amin Consultancy & Services yang terlibat menjalankan perniagaan khidmat nasihat perniagaan, latihan, seminar, motivasi, personal coaching, rekabentuk grafik, membina laman web dan lain-lain.

Merupakan Alumni Irfan Khairi Sdn Bhd di mana saya telah mendapat tunjuk ajar dan dianugerahkan sijil Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial oleh Sifu Irfan Khairi, Jutawan Internet No. 1, Malaysia.

Seorang Pengamal Perubatan Islam (Darussyifa’) dan merupakan anak didik Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di mana saya telah diijazahkan Ijazah Perubatan & Pengubatan Islam.

Dalam bidang rekabentuk grafik pula, saya telah mendapat tunjuk ajar dari Mr. Michael Worthington dari California Institute of the Arts (CalArts).

Merupakan Setiausaha Persatuan Pendidikan, Perdagangan & Pengurusan Mutawwif Mutawwifah Manasik Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai PERMAI yang terlibat di dalam industri umrah dan haji.

Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kini saya aktif berkongsi ilmu berkaitan teknik pemasaran dan strategi perniagaan online serta rekabentuk grafik kepada sesiapa saja yang berminat untuk belajar dan menambah ilmu berkaitan perkara tersebut dengan harga yuran yang sangat kompetitif.

Pada masa yang sama, saya juga memberi khidmat nasihat dan membantu sesiapa saja yang berhajat untuk berubat dan dirawat menggunakan kaedah rawatan Islam. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kita berikhtiar dengan izinNya, Allah menyembuh dengan kudratNya. In Shaa Allah.

Laman Utama | Servis | Kursus & Seminar | E-BookBlog | Hubungi Kami |